Sunday, 30 April 2017

Pergilah Sepi

Memujuk hati yang berduka
Bukanlah semudah menyusun kata
Merawat jiwa yang terluka
Perit sekali kesannya

Mungkin bertemu muka sekali cuma
Namun kasih terpateri abadi selamanya
Saat bertemu bergetar sukma
Berharap menjadi kekasih hingga kesana

Salam dihulur kasih diterima
Menyulam cinta bagai nak gila
Buruk dilupa baik dipuja
Hilanglah dunia kerana cinta

Hari berganti tahun berselang
Tiba masanya dia menghilang
Saat bersama sentiasa dikenang
Sedih dijiwa taksiapa mengundang
Seksanya hati bersalut duka
Ditinggal tanpa kata
Bak kaca terhempas terbelah dua

Jiwa derita batin terseksa
Jangankau mengalah wahai perwira
Cinta itu cinta biasa
Bangkitlah kerana ada yang perlukan kita

Usah kau ingat cerita lama
Kelak kau yang menanggung binasa
Bisanya kasih perlu kau tawarkan
Agar hati dirawat menjadi sihat

Teruskan hidupmu walau penuh duri
Kakimu bukannya terhimpit batu
Tetapi dirimu yang membelenggu.

Jangan Jatuh Lagi

Susunan aksara mungkin takseindah dunia
Kerna ia coretan seorang hamba
Sedangkan dunia nukilan Sang Pencipta

Wahai sahabat teman setia
Andai kau sedang berduka
Tetaplah tersenyum menutup luka
Sebarkan suka elakkan lara
Kelak kau gembira mencipta nama.

Saat kau terjatuh menyembah bumi
Jangan biar langkahmu terhenti
Bangkit dengan semangat yang tersisa
Kau mampu menongkah ranjau penuh duri
Kerana masih ada Ilahi

Berjuang memang pahit
Kerana kejayaan itu manis
Jangan kau berhenti kerana deritanya
Tetapi berehatlah kumpullah tenaga
Kemudian sambunglah berkelana.


Tuesday, 15 November 2016

The Day.

The day will come
The day that the truth will be revealed
The day that the lie being hated
The day that the right won
The day that the wrong lose

The day will come
The day where the Judge judged
The day where wveryone was frightened
The day where the men was destined
Whether to be in the hell or the heaven.

Sunday, 30 October 2016

Apa aku belajar?

Semester 1.
Tamhidi Syariah Dan Undang-Undang.
Universiti Sains Islam Malaysia.

Aku ditempatkan di sebuah kelas bersama manusia manusia lain di bawah angka tujuh. Tetapi kalau di dalam dewan kuliah,aku berada di bawah angka 2 di mana terdapat kelas yang berangka 4,5,6 dan 7 di dalamnya. Tujuh. Bukan kelas terakhir. Bukan kelas tercorot. Bukan kelas budak bodoh. Nombor itu hanyalah sebagai angka. Pembahagian kelas bukanlah mengikut abjad. Bukan juga mengikut keputusan. Nombor matriks menjadi rujukan.

HAHAHAHAHAHAHAHHA OKEY BENCI DIRI SENDIRI SEBAB TAIP MACAMTU 😂😂😂. Papelaa. Sem1 ni ada macam macam benda aku nak hadap.

Subjects.

Introduction To Law
Mula-mula taksuka. Lama-lama jatuh cinta. Dapat madam garang seribu kuasa kuda. Dapat madam lawak sejuta kuasa kuda. Dua-dua madam yang sama. Dalam kelas mashaallah menakutkan. Menggeletar satu badan. Bila dalam kuliah mashaallah best gila. Ada sorang budak kelas aku. Nama dia faqih. Perempuan. Kelas madam hari selasa. Hari khamis dia dah start berdebar. Punyalah hebat penangan garang madam tu. Ingat lagi first lecture dengan madam. "KENAPA YOU ALL TAK LANTIK ريئس DENGAN نائبة LAGI? YOU ALL TAHU TAK DUA ORANG TU ARE THE MOST IMPORTANT THING FOR ALL OF YOU TO CHOOSE?! +×÷=%_€£¥₩!@#$/^&*()-:;,?". Disebabkan nombor kelas kitorang tujuhlah kitorang sempat suruh anybody daripada classmate kitorang jadi naibah terjun. And dia terus pegang sampai sekarang. Awal-awal kelas madam,aku fokus sebab aku takut. Lama-lama aku fokus sebab jatuh cinta. Bukan dengan madam,tapi dengan law. I survived that subject. Antara yang dapat markah tinggi jugaklaa. Lewls. Tapi masa dah akhir sem,madam macam takde mood. Daripada seorang yang happy masa lecture,dia jadi badmood. Semua gerun. Si faqih tu lagilaa. Dia punya debar mashaallah. At last,madam pregnant rupanya. Congratulation madam! And thank you for teaching me on how to survive well in a horrifying class, Madam Rosmarini binti Mat Zain 😆

المبادئ الفقهية
Kenapa tajuk dalam bahasa arab? Dah kitorang belajar dalam bahasa arab,memanglah tajuk pun dalam arab. Under subjek ni,kitorang belajar pasal fiqh. Haa malas nak terangkan pasal tajuk ni. Tapi kitorang memang belajar fiqh semata. Syariah dalam subjek lain. Subjek ni kena banyak hafal. So pepaham jelaa malas nak hafal. Kalau aku hafal mesti aku boleh score subjek ni en? Ahahaha. My bad. I know. Ustazah yang ajar ni seorang yang sangat lembut. Takpernah marah. Cara dia tegur pun mashaallah tenang je hati ni. Cara dia sindir tu peh menusuk. Tapi ayat tetap lembut. If any of us hilang fokus dalam kelas dia,dia mesti perasan. Takkisahlah dalam kelas or lecture. Everyday ada je nama yang kena sebut dengan dia dalam kelas or lecture sebab takfokuslah ngantuk ke apa ke. She'll know. And aku pernah kena. Lol. Malu beb. Dia jenis yang kenal student dia. Kalau selalu kena sebut,maksudnya dia memang ingat betul student tu. Not bad. Menarik je subjek ni tapi sebab aku taksuka hafal. Tu je masalah aku dalam subjek ni. Thank you Ustazah Azniwati binti Abdul Aziz 😊

المدخال الى الشريعة
Madkhal ni natang apa pulak? Tadi fiqh haa ni syariah lah pulak. Mashaallah subjek ni lagi banyak kena hafal. Sebab sejarah en. Yaa aku suka sejarah. Tapi aku takminat sejarah tang ni. Hmm. My bad sebab lagi minat world history more than islamic history. Dalam subjek ni kitorang belajar pasal خلفاء الرشدين, pasal perkembangan Islam pasal syiah khawarij pesemua lah. Sebab maksud subjek ni pun kemasukan syariah. Kira dia cerita dari start rasulullah wafat sampailah sekarang. Jatuh bangun islam. Banyaknya anasir luar yang cuba menjatuhkan Islam. Pasal semuanyalah. Ust ajar agak bosan. Tapi entahlah. And payah jugak nak faham sebab pakai arab tinggi. Sebenarnya 50% dalam subjek ni dah tahu. Tapi tu laa. Sebab bahasa arab dia arab tinggi. Payah sikit kot. Lepastu kelas ust ni pulak waktu tengah hari and petang. Haa pepaham jela keadaan ngantuknya cemane en. Ust ni suka suruh orang baca. Haa ala ala dalam kelas masa sekolah dulu lah. Nanti tanya apa yang kita faham. Lepastu kalau takdapat jawab dia pass kat orang lain pulak. Ust ni dia penyelaras TSU. So kalau ada pape dia lah yang akan inform. So saya nak mintak maaflah sebab selalu takfokus masa kelas ust and thanks Ustaz Wan Amir Nudin bin Wan Ishak 😆

القرءان والحديث في علوم الإجتماعية
Okey. Start dah pasal subjek yang bukan core subject. TUH ni best je. Masa first class TUH ni pun aku dah rasa best. Sebab uzh pandai tarik minat student. Suara dia lembut je. Lepastu dia ajar cemane nak faham lecture dalam arab pesemua. And for seriously cara dia cakap dengan kitorang macam cakap dengan anak anak dia. Sebabtu kot ramai suka belajar dengan dia. Tapi ditakdirkan dia kena cuti bersalin. So ada lecturer ganti. Time dengan lecturer ganti ni laa yang bosan namatey. Dia ni lelaki lepastu he is just a 25 years old man. So pepaham jela bila masuk dewan buat perangai kerek dia. Eiy geram je. Tapi entahlah. Not bad ah. Cuma maklumlah lecturer ganti en. Sampai akhir sem kot dia ajar. So memang haa pepandai fahamlah apa dia ajar. Tapi last class uzh masuk. So cem em. Entahlah. Ahaha so far thanks Ustaz Saqdan and Ustazah Rasmina binti Hasbullah 😁

اللغة العربية الإتصالية
Okey. Arab ittisaliyyah ni more to communication. So dalam kelas ni memang banyak presentation. Lepastu belajar apa yang pernah belajar masa sekolah. Banyak taqdim. Ada qiraatinnas lah hiwar lah kalam fardhi lah. Haa memang nak membina kemahiran bercakap dalam arab lah. So far memang seronok belajar dengan uzh. Sebab uzh menarik. Dia sangat pandai tarik minat pelajar. Kalau uzh rasmina dengan gaya keibuan dia kalau uzh ni pulak dia selalu puji kitorang. Selalu sangat. Takkisahlah teruk mana pun presentation kitorang,dia tetap akan sebut mumtaz/mumtazah. Kalau dia tanya soalan,and salah jawab pun dia tetap akan kata mumtaz or mumtazah. Seharian dalam kelas dia pun takkan pernah bosan. Sebab dia sangat menyenangkan hati. Love you Ustazah Nurul Khadijah binti Mohamad 🌹

اللغة العربية الكتابية
HAHAHAHA SUBJEK KEGEMARAN SEMUA STUDENT TSU. Kgurau. Ahaha kelas ni kitorang belajar cara menulis. Bukan belajar huruf hijaiyyah tapi cara nak menulis bahasa arab dengan betul. Hzah nak letak mana atas alof ke wau ke ya ke apa ke. Haa gitu lah. Kelas ni aku rasa bosan sebab em ahaha adelaa sebabnya. Papepun thanks Ustaz Muhammad Naser bin Sabri 😁

English Language for English Purposes 1 and 2
Okey now english. English bila je aku taksuka? Madam garang macammana pun aku tetap suka. Kalau dah minat en. Dalam kelas ni takbanyak beza pun dengan english classes during school. Cuma bezanya dulu belajar kat sekolah sekarang belajar kat uni. Ada presentation and training untuk MUET. Lol. MUET  dahlaa kena score band 4. Inshaallah aku cuba yang terbaik. Okey kalau madam june,dia menarik sebab she's really strict. Macam madam ros jugak lah. Ahaha kalau taksilap dia study kat america dulu. Tu yang english dia fluent namatey tu. Lagi sorang madam ni pulak dia suruh panggil miss shasha. Miss ni pulak dia suka menyedarkan kitorang dengan cerita cerita dia tentang betapa perlunya kitorang ni untuk membantu masyarakat melayi yang makin ditindas dalam negara sendiri. Dahlah ditindas,bodoh pulaktu ikut je apa orang cakap without finding evidences. Mana melayu nak maju? She often tells us her life. Pasal family dia pasal study dia. Pasal occupation dia. Memang best. And kalau madam june dulu membesar kat america,
Miss shasha pulak membesar kat australia. So a benefit for us lah dapat lecturer  yang growing up abroad. Thank you to both of you Madam Junaidah binti Mohd Din and Miss Shahirah Sulaiman 🌸

Ict Skills
Last subject untuk sem1 student TSU. Belajar cara guna word powerpoint excel access frontpage apetah lagi. Ahahaa menarik. Sangat menarik. Dari first day class aku dah suka belajar ict. Mungkin ada yang takminat tapi aku suka. Dalam subjek ni part paling best ialah buat final project. Final project ni berasaskan powerpoint. Time ni kitorang kena gerakkan image. Kitorang kena buat comic strip. Kena masukkan suara pesemua. Buat online comic lah kira. Best sangat. Fuh. Ahahaha thank you untuk kelas yang menarik sepanjang sem Madam Aiza Azrin 🌹

So tu je kot yang aku boleh share pasal subjects learnt during semester1 ni. So far kalau aku pandai survive inshaallah aku takkan rasa down bila jawab paper final haritu.

Saturday, 19 March 2016

Minat.

Assalamualaikum gaiss.

Wohoo. Jangan fikir lain naaa. not interested in writing or typing abt boys. its abt my inerest in furthering my study.

First,alhamdulillah atas result spm aku. Takdelaa hebat manaa tapi saya bersyukur. mula-mula memang rasa sikit beban dihati sebab dapat result macamtu. Tapi,apa yang penting bersyukur.

Sebabnya ialah;

"Allah tak akan membebankan hambaNYA dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh mereka,"
-AlBaqarah:286-

"Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ianya amat buruk bagimu dan boleh jadi juga kamu membenci sesuatu tetapi ianya sangat baik bagimu."
-Albaqarah:216-

See? Allah tak kejam dan tak akan jadi kejam. okey that's it yang buat aku rasa tak jadi nak membebel pasal result aku.

Back to the topic,minat. interest. Aku minat history. tapi bukan Malaysian history. aAku minat World history. too much to be adored. How they managed to invent new weaponry invention. How they could use the E=mc^2 equation in order to invent the atomic bomb. It all made me felt interested to the world war and the world history. But since there are just a little ways to continue my study in history,i decided to continue my study in english.

English is just a kind of translating other languages. Yeah the english is the lingua franca that is used all over the world. Some people will ask,english? what do you wanna be? an english teacher? come on. open up your mind. furthering study in english didnt only serve you to be a teacher. You can be a writer or translator or whatever it is. You also can open an english centre which is agreed to have a lot of customers by the year passes.

Maybe if i furthered my study in english,i'll be sent to other countries. So i could learn abt the culture in other countries and learn abt their history. Whatever it is,im still in love with history,whatever people are talking abt. History never make me felt bored except while i was learning abt ,malaysian history. sorry malaysian. 

Blablabla and im enough with my typing now. Goodbye. Do pray for the best of me,gaiss.



Sunday, 13 December 2015

HATI

Assalamualaikum J
Now i wanna write about ‘HATI’.
Hati ni lembut. Kena jaga baik-baik. Kena jaga dengan rapi. Jangan kasi dia keras. Nanti susah nak terima nasihat. Kasi dia kawan. Nama kawan dia ni iman. Iman ni nipis. Senang nak rosak. Jadi,kita kena kasi dia makanan. Nak tahu apa makanan dia? Nasihat. Nak lagi? Tazkirah. Iman dengan hati ni kita kena kasi mereka jadi bestfriend. Forever and ever. Baru boleh masuk jannah. Hati. Iman. Dua-dua ni kita kena suap mereka dengan nasihat,tazkirah,AlQuran,dan yang seangkatan dengannya. Kenapa Alquran? Sebab AlQuran boleh bantu untuk kejar akhirat. Kenapa nasihat? Kenapa tazkirah? Sebab dua benda ni akan bantu mereka untuk pilih atau buat keputusan. Bantu mereka bila mereka hilang. Hilang apa? Hilang pedoman diri. Kalau nak hidup senang,dua aset ni kita kena kasi mantap! Hati sentiasa lembut,tak kotor. Iman kasi gemuk,sihat ,kukuh. 
Kepada topik yang agak famous,zina hati. Perasaan minat kepada seseorang tu tak termasuk dan tergolong pun dalam kategori zina hati. Perasaan tu termasuk dalam fitrah manusia yang amat dihormati oleh Islam dan halal kalau tak sampai berlebihan. Berlebihan? Means? Makan tak basah. Tidur tak kenyang. Mandi tak lena. Solat ditinggalkan. Termenung ke luar jendela. Memikirkan kekasih hati. Tu yang melebih. Amboi? Melampau bonar ekau yo!
Tapi! Walau bagaimanapun! Bagi umat Islam yang menjaga waraknya,atau amat takut kalau takwanya rosak,mohon elak semua ni! Walaupun perasaan ni tak haram,tapi boleh bertukar hukum kalau sampai memudaratkan diri. Walaupun tak haram,tetap boleh merosakkan ibadah seseorang dan mencemarkan kesucian hati. So? Apa maksud tersirat? Tak payah nak tangkap cintun sangatlah. Sampai jodoh awak,kahwinlah. Jangan risau. Kalau tak jumpa jodoh tu,mungkin jodoh kita tu dah meninggal. Allah tengah jagakan untuk kita tu J
So,mesti nak tahu kan apa benda yang termasuk dalam kategori zina hati tukan? Membayangkan seseorang yang kita minat sampai melarat-larat. Membayangkan aurat dia. Itu yang dikatakan zina hati. (RUJUKAN:MINHAJUL ‘ABIDIN KARYA IMAM GHAZALI DAN HIKAM IBNU ‘ATOILLAH)
Sabda Rasulullah,
“Zina mata dengan melihat,kedua telinga zinanya mendengar,lidah zinanya bercakap,tangan zinanya berpegangan,kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dengan berhasrat,membayangi dan berharap. Semua itu dibenarkan(direalisasikan)oleh kemaluan,”(HR BUKHARI)
Rujukan: Kitab Riyadhus Solihin dalam bab larangan melihat wanita
Kalau kita tengok ,baca balik hadis kat atas tu,zina hati diterjemahkan kepada tiga:
1. berhasrat
2. berharap
3. membayangi
“Dan janganlah kamu mendekati zina,”(Al-Isra’:32)
So,apa yang dikatakan dalam hadis tadi,semua tu routes to zina,dan semuanya dilarang dalam Islam,bertepatan dengan kalimah ‘mendekati’. So,the conclusion is,zina hati tu,sth that lead to the real zina. Get it?
Sesuatu yang kita must take care of it,we must take care of it very well. The same goes to things and acts that was said as ‘halal’ in Islam,that leads to ‘haram’,we must avoid it. Kalau kita mampu dan berdaya untuk jauhkan diri dari those things,jauhkan dan jaga diri kita sebaiknya. Kata nak jadi umat first class.
That’s all for this entry. Ingat.yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Jangan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Sekian. Ilmu kalau tak dikongsi,kita akan lupa. Kita akan hilang ilmu tu. 


UNZUR MA QAALA WA LA TANZUR MAN QAALA

Assalamualaikum J
Unzur ma qala wa la tanzur man qala. Whats that? Lihat apa yang dikata,jangan lihat siapa yang berkata.
Okey. Berdasarkan ayat tu,apa maksud yang berjaya difahami? Oh. Please. Jangan ulang my ayat kat atas tu. Rasanya lah kan,kenapa ada ayat tu?
Sebab manusia ni suka melihat kecantikan dan tak suka melihat keburukan. Suka lihat kebaikan dan tak suka melihat kejahatan. Boleh menerima kesopanan dan tidak kepada sifat kurang ajar. 
So? Whats the point yang ingin disampaikan melalui ayat-ayat kat atas tu?
Hmm. Fed up? Okey. Straight to the point. 
ORANG SUKA DENGAR NASIHAT DARIPADA ALIM ULAMA’ ,USTAZ USTAZAH,SENANG CERITA YANG ADA CIRI-CIRI STOK AHLI SYURGA LAH KAN. TAPI TAK RAMAI,MALAH RAMAI YANG BENCI + MELUAT + MENYAMPAH + PANDANG HINA BILA ADA ORANG YANG JAHAT,NAKAL,BIADAP. SENANG CERITA YANG ORANG KATEGORIKAN KONONNYA SEBAGAI AHLI NERAKA TU,NASIHAT KITA.
THEN ADA LAGI SATU KATEGORI. KALAU MUKA HENSEM LAWO PANDAI CANTIK JELITA KACAK A.K.A MANUSIA SEMPURNA SIFAT DI WAJAH TU SENANG JE ORANG NAK TERIMA NASIHAT. PALING TAK PUN DENGAR ELOK-ELOK. KALAU YANG JENIS HODOH RUPA,MAK AII. JANGANKAN NAK DENGAR,BARU BUKAK MULUT NAK CAKAP,TERUS BLAH.
Okey. Thats it. Kenapa eh jadi macamtu? Sebab manusia sukakan kebaikan. Tapi kenapa kita mesti tolak fitrah yang satu tu? Manusia sukakan kebaikan. Bukan ke nasihat tu kebaikan? Kenapa tolak nasihat,teguran daripada orang yang kita pandang hina hanya kerana nafsu?
What ? Nafsu? Yes. Nafsu. Sebab ikutkan nafsu lah kita tolak nasihat hanya kerana rupa dia buruk,perangai dia teruk. Tak jadi masalah orang jahat nak nasihat kita. Kenapa? Memang dia jahat. Memang dia teruk. Tapi...
Siapa kita nak judge orang? Terima je nasihat tu,hatta dari seekor burung. Sebab nasihat tu makanan rohani kita. Jangan terlampau memilih. Jangan cakap. Jangan fikir yang orang stok syurga je yang boleh nasihat kita. Please be fair and square. Jadi adil. 
Sebab dalam dunia ni bukan kita dan manusia golongan agamawan je yang ada. Ada jugak manusia yang jahat. Mereka pernah rasa apa yang kita tak pernah rasa. So,mungkin nasihat yang nak diberi tu hasil pengalaman dia. 
Jadi,terima nasihat. Unzur ma qala wa la tanzur man qala. Thats it. Sekian. Wallahua’lam.