Assalamualaikum J
Unzur ma qala wa la tanzur man qala. Whats that? Lihat apa yang dikata,jangan lihat siapa yang berkata.
Okey. Berdasarkan ayat tu,apa maksud yang berjaya difahami? Oh. Please. Jangan ulang my ayat kat atas tu. Rasanya lah kan,kenapa ada ayat tu?
Sebab manusia ni suka melihat kecantikan dan tak suka melihat keburukan. Suka lihat kebaikan dan tak suka melihat kejahatan. Boleh menerima kesopanan dan tidak kepada sifat kurang ajar.
So? Whats the point yang ingin disampaikan melalui ayat-ayat kat atas tu?
Hmm. Fed up? Okey. Straight to the point.
ORANG SUKA DENGAR NASIHAT DARIPADA ALIM ULAMA’ ,USTAZ USTAZAH,SENANG CERITA YANG ADA CIRI-CIRI STOK AHLI SYURGA LAH KAN. TAPI TAK RAMAI,MALAH RAMAI YANG BENCI + MELUAT + MENYAMPAH + PANDANG HINA BILA ADA ORANG YANG JAHAT,NAKAL,BIADAP. SENANG CERITA YANG ORANG KATEGORIKAN KONONNYA SEBAGAI AHLI NERAKA TU,NASIHAT KITA.
THEN ADA LAGI SATU KATEGORI. KALAU MUKA HENSEM LAWO PANDAI CANTIK JELITA KACAK A.K.A MANUSIA SEMPURNA SIFAT DI WAJAH TU SENANG JE ORANG NAK TERIMA NASIHAT. PALING TAK PUN DENGAR ELOK-ELOK. KALAU YANG JENIS HODOH RUPA,MAK AII. JANGANKAN NAK DENGAR,BARU BUKAK MULUT NAK CAKAP,TERUS BLAH.
Okey. Thats it. Kenapa eh jadi macamtu? Sebab manusia sukakan kebaikan. Tapi kenapa kita mesti tolak fitrah yang satu tu? Manusia sukakan kebaikan. Bukan ke nasihat tu kebaikan? Kenapa tolak nasihat,teguran daripada orang yang kita pandang hina hanya kerana nafsu?
What ? Nafsu? Yes. Nafsu. Sebab ikutkan nafsu lah kita tolak nasihat hanya kerana rupa dia buruk,perangai dia teruk. Tak jadi masalah orang jahat nak nasihat kita. Kenapa? Memang dia jahat. Memang dia teruk. Tapi...
Siapa kita nak judge orang? Terima je nasihat tu,hatta dari seekor burung. Sebab nasihat tu makanan rohani kita. Jangan terlampau memilih. Jangan cakap. Jangan fikir yang orang stok syurga je yang boleh nasihat kita. Please be fair and square. Jadi adil.
Sebab dalam dunia ni bukan kita dan manusia golongan agamawan je yang ada. Ada jugak manusia yang jahat. Mereka pernah rasa apa yang kita tak pernah rasa. So,mungkin nasihat yang nak diberi tu hasil pengalaman dia.
Jadi,terima nasihat. Unzur ma qala wa la tanzur man qala. Thats it. Sekian. Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment