Saturday, 22 March 2014

Sepi Yang Tak Diundang

Sepi Yang Tak Diundang

Bayu laut bertiup damai
Sedamai lautan malam ini
Pesisir pandai nan indah
Mendamaikan hatiku
Terkenang akan kisah lalu
Di mana aku berada dalam kejahilan
Di dalam gelita aku meraba
Mencari siapa diriku
Diriku yang telah hilang
Dibawa pergi saat insan kesayanganku
Pergi menyahut seruan Ilahi
Meninggalkanku terumbang-ambing
Menyelamatkan diri di tengah lautan bergelora
Sedang aku meraba mencari
Terlihat akanku sinaran nur
Di dalam kegelapan hidupku
Muncul seseorang bergelar sahabat
Datang untuk membawa aku pergi
Pergi dari segala kegelapan hidup
Memimpinku ke jalan yang lurus
Mengembalikan diriku yang sudah lama hilang
Sahabatku itulah yang menyedarkanku
Daripada tidur yang amat panjang
Aku berazam untuk membalas budi
Sahabatku dunia akhirat
Sapaan ombak dikaki menyedarkanku
Pantas jariku menyeka air mata
Yang mengalir dari tubir mataku
Segera ku sedari akan hakikat yang satu itu
Sahabatku itu telah pergi buat selamanya
Pergi mengikut ayah bondaku
Meninggalkan aku seorang
Betapa aku terasa kehilangan
Apabila perginya dia dari hidupku
Betapa aku merinduinya
Dahagakan nasihatnya
Tapi aku tidak akan kembali
Seperti dulu lagi
Aku sudah berjanji dengannya
Agar tidak mengulangi kesilapan lalu
Akanku semat di dalam hati
Agar tabah membawa diri
Sahabat,tidak ku lupa segala nasihatmu
Kepada diriku sepanjang hayatmu
Engkaulah lintasan sejarah paling bermakna buatku
Terima kasih wahai sahabat.


Detik Kehidupan

Detik Kehidupan
Kakiku melangkah di pesisiran pantai
Pepohon nyiur melambai menyambut kedatanganku
Ombak saling berlumba menghempas pantai
Suasana yang menenangkan hatiku
Menenangkan hatiku dari segala kesibukan kota
Tiada lagi bunyi hon kenderaan bersahutan
Tiada lagi bunyi mesin gerudi di jalanan
Tiada lagi panorama kota yang membuatkan
Fikiranku bercelaru tanpa hala tuju
Kanak-kanak keriangan bermain
Pelbagai permainan dapat kulihat
Membina istana pasir
Berkejar-kejaran
Ada juga yang sedang beratur menunggu giliran membeli aiskrim dari penjaja
Alangkah indahnya jika dapat kuhabiskan sisa kehidupanku
Bermukim di tepi pantai nan indah
Tetapi aku terikat
Terikat dengan komitmen kerja
Jika aku tidak bekerja
Siapa yang akan menyara sisa hidup ibubapaku?
Sapaan ombak di kaki menyedarkanku
Dari anganan kosongku
Musnah sudah istana yang kubina di awangan
Aku meneruskan perjalananku

Meneruskan detik-detik kehidupan yang bakal aku hadapi