Saturday, 22 March 2014

Detik Kehidupan

Detik Kehidupan
Kakiku melangkah di pesisiran pantai
Pepohon nyiur melambai menyambut kedatanganku
Ombak saling berlumba menghempas pantai
Suasana yang menenangkan hatiku
Menenangkan hatiku dari segala kesibukan kota
Tiada lagi bunyi hon kenderaan bersahutan
Tiada lagi bunyi mesin gerudi di jalanan
Tiada lagi panorama kota yang membuatkan
Fikiranku bercelaru tanpa hala tuju
Kanak-kanak keriangan bermain
Pelbagai permainan dapat kulihat
Membina istana pasir
Berkejar-kejaran
Ada juga yang sedang beratur menunggu giliran membeli aiskrim dari penjaja
Alangkah indahnya jika dapat kuhabiskan sisa kehidupanku
Bermukim di tepi pantai nan indah
Tetapi aku terikat
Terikat dengan komitmen kerja
Jika aku tidak bekerja
Siapa yang akan menyara sisa hidup ibubapaku?
Sapaan ombak di kaki menyedarkanku
Dari anganan kosongku
Musnah sudah istana yang kubina di awangan
Aku meneruskan perjalananku

Meneruskan detik-detik kehidupan yang bakal aku hadapi

No comments:

Post a Comment