Amiruddin Al Amin
Amiruddin Al Amin. Nama itu diberi
agar membentuk peribadiku. Perkahwinan atas pilihan keluarga benar-benar
membahagiakan mereka berdua. Aku bersyukur kerana aku dilahirkan di dalam
kalangan ahli keluarga yang kuat mengamalkan ajaran Rasulullah.
Ketua agama yang dipercayai. Semoga aku mampu
melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh umi dan walid melalui namaku. Aku
sendiri tidak pasti adakah aku mampu untuk memikul amanah tersebut. Aku
tahu,harapan walid dan umi supaya aku turun ke lapangan dakwah amat besar.
Pernah sekali aku terdengar sewaktu ayah dan ibu sedang bermusyawarah,mereka
berbincang tentang diriku. Mereka amat berharap semoga aku kuat menghadapi
cabaran yang akan aku tempuh sepanjang perjalananku dalam medan perjuangan yang
semestinya tidak dibentang karpet merah,tetapi terdapat duri dan liku yang akan
menghalangku.
Dan untuk langkah yang pertama,mereka menghantarku
ke sebuah sekolah menengah agama di salah sebuah daerah dalam negeri Johor. Ya.
Matlamat umi dan walid tercapai. Aku mendapat pendedahan awal di dalam medan
dakwah di situ. Program yang disediakan di situ saban hari telah menguatkan
tekadku untuk berjuang untuk agama Allah,berkorban jiwa dan harta untuk
mencapai matlamat sebenar seorang muslim sejati,SYAHID FI SABILILLAH.
Abang-abang senior sering mengingatkan kami agar
berdakwah untuk menyedarkan,bukan untuk menghina. Berdakwah biar kena pada
caranya. Bukan main hentam keromo. Ayat mesti disusun rapi agar tidak seperti
belati yang menyakitkan telinga yang mendengar. Kadang-kadang,tanpa kita
sedar,ayat yang kita rasakan sudah cukup sempurna mampu membuatkan orang lain
berasa dimaki.
Program yang diadakan di surau juga amat aktif.
Setiap hari,tepat pukul tujuh petang,kami akan berkumpul di Surau Hasan AlBasri
untuk menghadiri majlis ilmu. Pelbagai jenis tazkirah dapat aku peroleh
daripada program ini. Program ini dikendalikan oleh barisan kepimpinan sekolah
yang terdiri daripada ahli-ahli BADAR dan juga barisan pengawas sekolah. Tidak
berhenti sekadar itu,pada hari tertentu,beberapa orang ustaz akan
bergilir-gilir memberi tazkirah ringkas. Untuk menggalakkan kami untuk
beribadah,setiap hari Jumaat,akan diadakan pula program Qiamullail Perdana.
Program ini dikendalikan oleh Ustaz Abdul Hadi,salah seorang daripada guru yang
mengajar di sekolahku.
Memandangkan pada tahun ini kami akan bercuti pada
hari Jumaat dan Sabtu,kami akan mengikuti aktiviti membersihkan kawasan asrama.
Ya. Itu juga salah satu cara untuk mendekati Tuhan Yang Esa. Menjaga
kebersihan. Menjaga kebersihan itukan sebahagian daripada iman.
Kehidupan sebagai junior amat memenatkan diriku.
Maklumlah,dengan minggu orientasi dan sebagainya. Apabila ku mengadu,pasti ada
sahaja kalimah daripada umi dan walid yang menyejukkan hatiku. Yang memujukku
untuk terus tinggal di sana. Menuntut ilmu di sana. Aduh. Sungguh besar harapan
mereka. Aku gusar jika aku tidak mampu membuat mereka berbangga dengan hidupku.
Semakin menginjak usia,semakin berat amanah yang
telah aku terima. Aku telah mendapat kepercayaan para guru untuk menjadi
seorang pengawas. Pengawas? Ya. Aku memang telah memegang jawatan itu sejak
masih di sekolah rendah. Tetapi,pendedahan demi pendedahan yang aku terima
menyebabkan aku berasa takut untuk memegang jawatan itu. Yalah. Sebelah kakiku
terletak di neraka. Aku mesti menasihati mereka yang melakukan kesalahn. Aku
mesti mencatat nama mereka,walaupun mereka itu rakan baikku. Pasti banyak
halangan buatku.
Setiap saat yang berlalu mematangkanku.
Pemikiranku. Gaya hidupku. Pakaianku. Tutur kataku. Semuanya mengalami
transformasi. Perubahanku menyebabkanku mendapat pelbagai gelaran. Pak
Ustaz,Imam Muda,Mamat Bajet dan sebagainya. Tidak aku endahkan semua itu. Aku
menganggapnya sebagai satu cabaran. Cabaran yang akan membawaku ke platform
yang seterusnya,untuk mencapai kepuasan ukhrawi.
Pernah suatu ketika,secara tiba-tiba sewaktu aku
sedang berada di dalam kelas pada waktu prep iaitu waktu yang dikhaskan untuk
kami menyiapkan tugasan dan menelaah pelajaran,aku telah didatangi oleh
sekumpulan pelajar senior. Mereka memanggilku untuk ke luar daripada kelas. Aku
tanpa mengesyaki apa-apa telah mengikuti mereka.
Tiba di sebuah sudut di belakang bangunan kelas
yang menempatkan pelajar putera,tanpa apa-apa isyarat,salah seorang daripada
mereka telah menumbukku. Seorang lagi senior menendangku dari belakang. Mereka
menyerangku bertubi-tubi. Ya Allah! Aku memohon perlindungan dariMu. Asakan
daripada mereka yang tak henti-henti menyebabkanku tidak mampu untuk
mengelakkan diri daripada dibelasah. Aku sudah menjadi barang permainan mereka
pada malam itu. Mataku sudah berpinar. Aku sudah tidak mampu untuk berdiri.
Kudratku telah hilaang diganti dengan kesakitan yang menjalar di setiap inci
tubuhku.
Pada saat aku hampir memejamkan mata,aku terdengar
jeritan Abang Farhan,ketua pelajar sekolah pada waktu itu,mengarahkan mereka
untuk menghentikan perbuatan itu. Aku rasa amat bersyukur kerana Allah telah
menghantar bantuan buatku. Ah! Aku sudah tidak mampu bertahan.
Sebaik sahaja aku membuka mata,aku sedang berada
di atas sebuah katil. Aku terlihat Abang Farhan sedang tertidur di sisiku. Aku
berasa bingung. Di manakah aku berada? Tidak semena-mena,aku terbau sesuatu.
Tahulah aku bahawa aku berada di dalam hospital. Bau ubat yang amat kuat
memberi petunjuk kepadaku. Aku mengerling jam di dinding. Baru pukul empat
pagi? Hmm. Waktu biasa aku bangun dari ulitan mimpi. Aku ingin bergerak ke
tandas untuk mengambil wuduk. Tetapi kesakitan mengganggu pergerakanku.
“Eh? Amir nak ke mana? Biar abang tolong. Amir
masih sakit ni. Masih belum kuat nak bergerak sendiri,”Abang Farhan menegurku.
Mungkin pergerakanku yang menyedarkannya daripada lena.
“Nak ke tandas,bang,”aku menjawab.
“Oh. Sini abang tolong,”ujar Abang Farhan sambil
bangun lalu memaut lenganku.
Usai mendirikan solat sunat tahajud,Abang Farhan
memulakan bicara.
“Amir,abang minta maaf sebab abang lewat tiba. Abang
datang pun sebab terdengar kecoh-kecoh di belakang bangunan. Itu yang abang
datang jenguk. Tak sangka pula mereka sedang belasah Amir. Abang minta maaf
sangat,”
“Eh. Tak apalah abang. Amir yang kena ucap terima
kasih dengan abang. Abang yang dah tolong Amir. Kalau abang tak datang tadi,tak
tahulah apa yang akan terjadi pada Amir,”
“Hmm,”abang Farhan membungkam.
“Abang,boleh Amir tahu apa yang terjadi pada
mereka? Kenapa mereka buat begitu kepada Amir?”soalku.
“Hmm. Abang pun tak tahu mengapa mereka buat
begitu. Dendam,mungkin. Mereka telah ditahan pihak polis tak lama selepas kamu
pengsan,Mir. Ustaz yang telefon polis,”jawab Abang Farhan.
“Mereka tingkatan berapa?”soalku lagi.
“Semua tingkatan empat,Mir,”
“Amir rasa mereka yang kena rotan kelmarin.
Alah,yang merokok di belakang asrama itu. Mungkin mereka berdendam dengan Amir
kerana Amir yang melaporkan kegiatan mereka kepada ustaz,”aku memberi respon
kepada kata-kata Abang Farhan.
Kejadian itu benar-benar menunjukkan kepadaku
betapa beratnya tugas yang harus aku pikul. Aku tidak cepat melatah. Sejak
kejadian tersebut,aku tidak pernah melihat kelibat mereka lagi.
Khabarnya,mereka sudah dipindahkan ke sebuah sekolah pemulihan akhlak di negeri
Melaka.
Biarlah. Kejadian itu sudah lama berlalu.
Kini,Abang Farhan sudah pun melanjutkan pelajarannya ke sebuah universiti
terkemuka di seberang laut. Ah! Rindunya aku dengan Abang Farhan. Sejak
kejadian itu,kami menjadi sangat akrab. Ke mana sahaja pasti bersama. Mungkin
perasaan bersalahnya terhadapku masih bersisa. Dia telah menjadikanku adik
angkatnya.
Ke surau bersama,makan bersama,segala-galanya kami
lakukan bersama. Gelaran kepadaku semakin bertambah.
‘Ruler’,Mamat Hijau, dan sebagainya. Jawatan
sebagai seorang pengawas benar-benar memerlukan kesabaran yang tinggi. Kelakuan
para senior yang akan mengamuk,menyindir dan menyerangku andai nama mereka
dicatat amat memeningkan kepalaku. Kekasaran mereka terhadapku semakin
menjadi-jadi.
Pernah aku mengadukan perkara tersebut kepada umi
dan walid. Jawapan mereka?
“Bersabarlah sayang. Allah pasti akan membalas
setiap daripada perbuatan mereka itu. Jika bukan di dunia,pasti di
akhirat,”lembut pesan umi menerobos masuk ke dalam lubang ke telingaku.
“Amiruddin Al Amin,dengar walid cakap ini. Baru
sikit ujian yang kamu kena hadapi. Baru pegang jawatan sebagai pengawas. Kamu
baru cuba berdakwah di dalam sebuah sekolah agama. Belum dengan pelajar sekolah
bukan agama. Banyak lagi ujian yang akan kamu perlu tempuh sebagai seorang
daie. Walid nak kamu bersabar dengan kerenah mereka. Hatta perlakuan sekecil
zarah pun akan dibalas oleh Allah,apatah lagi perbuatan mereka itu. Berdoa
kepada Allah agar mereka diberi petunjuk
dan berubah menjadi yang lebih baik. Sesungguhnya,dalam meniti
perjalanan hidup,kita akan diberi pelbagai jenis ujian. Tetapi kamu kena
ingat,Allah tak akan memberi ujian yang kamu tidak mampu lakukan. Jangan lupa
juga,semakin kita cuba mendekatkan diri kepada Allah,semakin banyak ujian yang
akan Dia turunkan kepada kita untuk menguji sejauh mana keikhlasan kita untuk
mendekatiNya,ujian tanda Allah sayang,”bicara walid yang selembut kapas telah
menusuk ke tangkai hatiku.
Aku berasa kerdil sekali dengan Allah kerana baru
dikurniakan ujian yang sekecil zarah,aku sudah melatah. Semangatku sudah lemah.
Terima kasih umi,terima kasih walid kerana sentiasa menjadi tulang
belakangku,sentiasa memberi kata-kata sebagai pembakar semangat,kerana sentiasa
mendoakan ketenangan hati anakmu ini yang sentiasa berbolak-balik.
Benar pesan walid. Hidup sebagai seorang muslim banyak
cabarannya. Baru diberi ujian dengan abang-abang senior,aku sudah tidak sanggup
menghadapinya. Aku kuatkan tekad di
hati. Aku berazam untuk terus kekal di sekolah itu. Ya. Sekolah yang telah
memberi pendedahan awal kepadaku tentang perjuangan Islam.
“Berjuang di jalan Allah bukan hanya tertumpu pada
peperangan,tetapi juga termasuk dengan berdakwah dan sebagainya. Islam itu
agama yang mudah. Jika kita tidak mampu untuk berperang,kita boleh membantu
mangsa peperangan dengan memberikan bantuan kepada mereka. Kita juga boleh
menyeru rakan-rakan agar sama-sama memboikot barangan Israel. Kita juga boleh
mendoakan keamanan bagi penduduk negara yan diserang. Kita juga kena tahan
nafsu kita daripada melakukan perkara yang dilarang. Kita juga perlu menjaga
ikhtilat. Ikhtilat itu apa? Ikhtilat itu percampuran di antara lelaki dan
perempuan. Tetapkan hati hanya kepadaNya. Jangan terperangkap dalam jerat
percintaan sebelum tiba masanya,”salah satu pesanan yang telah diberikan oleh
Abang Farhan kepada kami sewaktu memberi tazkirah ringkas di surau.
Sungguh. Dia terlalu baik. Dia sering dipandang
mulia oleh para pelajar di sekolah ini. Aku amat menghormatinya kerana
kelakuannya,ilmunya,dan semua tentang dirinya. Kata-katanya yang mampu
menyentuh kalbu,lemah lembut telah menarik minat ramai pelajar untuk melakukan
kebaikan. Kesalahan yang dilakukan para pelajar semakin berkurang semenjak dia
memegang tampuk kepimpinan sekolah. Aku juga sudah tidak terlalu sibuk dengan
tugasku sebagai seorang pengawas. Maklumlah,jumlah salah laku semakin kurang.
Dengan itu,bolehlah aku kembali menumpukan
perhatian terhadap hafazanku. Aku bercita-cita untuk menjadi seorang hafiz.
Sehingga kini,aku telah berjaya menghafaz sebanyak sepuluh juzuk. Dengan
bantuan Abang Farhan yang sering memberikan tips-tips agar aku mudah untuk
menghafaz,semangatku untuk menghafal sehingga 30 juzuk semakin berkobar-kobar.
Aku akan mula menghafal pada waktu awal pagi,iaitu
selepas aku selesai menunaikan solat sunat. Keadaan yang sunyi telah membantuku
untuk menghafal.
Hari demi hari berlalu,sudah lima tahun aku
belajar di sini. Pelbagai pahit manis kehidupan telah aku kecapi. Ilmuku
semakin lama semakin bertambah. Majlis ilmu yang masih diamalkan semakin lama
semakin meriah. Majlis tersebut semakim lama semakin meriah dengan kehadiran
para pelajar. Aku kini memegang jawatan sebagai seorang Ketua Pelajar,jawatan yang pernah dipegang oleh
Abang Farhan.
Sewaktu aku ditawarkan untuk memegang jawatan
itu,aku berasa sungguh terkejut. Aku meminta izin guruku untuk memberiku tempoh
buat sementara waktu agar aku boleh bermusyawarah dengan kedua-dua umi dan
walid.
“Amir,umi tak kisah dengan jawatan Amir. Yang
penting,Amir mesti pandai bahagi masa. Amir juga kena ingat,amanah yang Amir
pegang semakin besar. Umi nak Amir jalankan tanggungjawab tersebut dengan
amanah,”bicara umi yang lembut itu memberi nasihat.
“Walid pun tak kisah. Yang penting Amir tidak gila
kuasa dan jawatan tersebut tidak membebankan Amir sebaga seorang pelajar. Itu
sahaja yang walid nak pesan,”tegas,walid berkata.
Akhirnya,dengan tekad dan azam,aku menerima
jawatan tersebut. Aku amat berharap yang aku dapat malaksanakan amanah tersebut
dengan jayanya. Aku dapat merasakan bahawa akan terdapat segelintir pelajar
yang pasti tidak berpuas hati denganku,terutamanya kumpulan yang diketuai oleh
Bakri,rakan sekelasku. Aku amat pasti tentang itu. Ini kerana,sewaktu aku
memegang jawatan sebagai pengawas biasa sahaja sudah mereka memfitnah aku dan
sebagainya. Dahulu aku amat akrab dengan mereka bertiga. Sejak kejadian aku
dipukul dengan teruk semasa aku masih di tingkatan dua,mereka menyisihkan diri
daripadaku. Aku tidak tahu mengapa mereka berbuat demikian. Setelah puas
menyelidik,barulah aku tahu bahawa mereka sebenarnya anak buah abang-abang
senior yang memukulku itu. Sungguh tidak aku sangka sahabat akrabku itu boleh
termakan fitnah yang telah ditabur.
Sejak aku memegang jawatan ini,mereka seakan ingin
mencabarku. Fitnah yang tidak berasas semakin banyak dilempar. Aku tidak faham
mengapa mereka boleh berubah sehingga begini. Ya. Setiap saat yang berlalu akan
mengubah pendirian kita dan orang sekeliling.
Mereka mula melakukan pelbagai jenis salah laku.
Pernah suatu ketika,aku dan beberapa orang rakan pengawasku telah menangkap
mereka ketika sedang merokok di belakang bangunan asrama. Setelah melaporkannya
kepada warden yang bertugas,mereka telah dipanggil ke bilik disiplin dan
dikenakan hukuman rotan. Sejak mereka di tingkatan lima,perangai mereka semakin
menjadi-jadi. Aku telah mendapat pelbagai jenis aduan daripada para pelajar
tentang mereka.
Merokok,membuli pelajar junior,menyelinap keluar
daripada kawasan asrama pada waktu malam dan sebagainya. Pening kepalaku
apabila memikirkannya. Baru-baru ini,aku mendapat laporan bahawa mereka telah
melakukan perjumpaan dengan pelajar puteri di dalam kawasan sekolah semasa
waktu prep. Akhirnya,aku telah membuat keputusan untuk melakukan mesyuarat
dengan Ahli Jawatankuasa Kepimpinan Pengawas sekolah. Perjumpaan tersebut telah
aku adakan di bilik pengawas.
Setelah beberapa jam bermusyawarah,akhirnya kami
memutuskan untuk memberitahu masalah yang telah mereka lakukan kepada pihak
atasan. Cuma bagi kesalahan melakukan perjumpaan haram yang kami tidak akan
memberitahu pihak atasan. Ini kerana,kami tidak dapat memastikan kesahihan
cerita tersebut. Sama ada hanya sekadar khabar angin atau pun bukan.
Setelah mendapat laporan kami yang disertakan
dengan bukti yang agak kukuh,akhirnya tindakan telah diambil. Mereka bertiga
telah digantung sekolah selama seminggu. Dan selama seminggu itulah kerja-kerja
sebagai seorang pengawas tidak begitu membebankan.
Seminggu kemudian,mereka telah pulang kesekolah.
Semoga mereka insaf dengan perkara yang telah dilakukan. Itu hanyalah sekadar
anganan kosong. Perlakuan mereka semakin liar. Mereka sudah berani melakukan
perjumpaan haram di kawasan terbuka. Mereka seolah-olah mencabar kami.
Fikiranku sudah buntu. Aku pergi berjumpa dengan
Ustaz Hadi,guru yang menjadi tempat untukku merungkai kekusutan yang menjalar
di kepala. Setelah meluahkan segala-galanya,Ustaz Hadi menasihatkan aku agar
bermusyawarah dengan rakan-rakanku untuk menyekat kesalahan yang telah
dilakukan oleh mereka bertiga,Bakri,Fikri dan Mukri.
“Amir,kamu kena bersabar. Ini adalah salah satu
daripada ujian yang diberi. Allah mahu menguji kamu sahaja. Jika benar kamu
ingin mempertahankan agamaNya,ustaz harap kamu bermusyawarah dengan sahabat-sahabta
kamu. Bukan ustaz tidak mahu membantu,tetapi ustaz tidak mahu cara ustaz akan
menambah sakit hati mereka kepada kamu,”seperti biasa,dengan tenang dia
menuturkan.
Puas berbincang,aku pulang ke asrama. Aku
hempaskan badan ke atas katil.
“Kenapa ni Abang Amir?”tegur seorang junior yang
menghuni bilik yang sama denganku.
“Tidak ada apa-apa,Faiz,”aku membalas,lemah.
“Dah. Kamu pergilah kepada kawan-kawan kamu itu.
Mereka sudah lama menunggu,”ujarku sambil menuding jari ke arah sekumpulan
pelajar junior.
“Baiklah,abang,”sahut Faiz sambil berlalu pergi.
Aku cuba untuk melelapkan mata. Aku ingin berehat
sebentar. Belum sempat aku terlelap,aku telah dikejutkan oleh Putra,salah
seorang pengawas sekolah.
“Amir! Bangun Mir. Mereka bertiga sudah buat hal
lagi,”mendengar sahaja kata-kata itu,mataku yang sudah berat segar kembali. Aku
mengeluh perlahan sambil berkata
“Apa yang mereka lakukan?”
“Mereka sedang ‘dating’ di bangunan baru!”ujar
Putra.
Tanpa membuang masa,aku segera bangun dan berjalan
menuju ke bangunan akademik yang terletak tidak jauh daripada kawasan asrama
bersama-sama Ahli Majlis Tertinggi pengawas. Aku terkejut apabila terserempak
dengan beberapa orang pengawas puteri.
“Apa yang kamu semua buat di sini?”soalku.
“Kami ingin melihat sejauh mana kelakuan mereka
bertiga itu. Sudah lama kami mengintip mereka,”sahut Ketua Pelajar
Puteri,Syafiqah Hana.
Aku terpesona seketika apabila melihat wajah ayu
Hana. Bertambah pesonanya apabila aku mendengar lembut tutur katanya.
“Amir! Apa yang kau menungkan itu?”tegur Faiz.
“Tak,aku sedang berfikir cara untuk menghentikan
mereka,”dalihku.
“Mari kita serbu sahaja mereka,”cadang Faiz.
“Betul juga,”balasku
“Ayuh,Faiz. Kita pergi ke arah mereka,”tambahku.
Kami berdua berjalan ke arah mereka tiga pasangan.
Sebaik ternampaak kami berjalan ke arah mereka,Bakri,Mukri dan Fikri segera
berjalan menuju ke arah kami.
“Apa yang kau nak Amir?”Bakri menyoalku,kasar.
“Apa yang kau dan kawan-kawan kau sedang buat?”
soalku.
“Sudah terang lagi bersuluh,kau masih nak tanya
apa yang aku buat? Butakah kau wahai Amiruddin Al Amin? Wahai ketua agama yang
dipercayai?”soal Bakri.
“Salah perbuatan kau ini,Bakri,Mukri,Fikri. Haram.
Berdosa. Janganlah kamu semua mendekatkan diri dengan lembah maksiat,”tegurku.
“Yakah ustaz? Oh. Hmm. Kau mesti tak pernah rasa
ini,kan?”soal Mukri sambil menumbuk perutku.
“Hei Mukri! Dia pernah rasalah! Kau lupakah? Masa
kita tingkatan dua tu. Yang sampai masuk hospital. Haa. Ni lagi seorang yang
nak kena,”sampuk Fikri lalu menumbuk Faiz.
“Hoi! Berhentilah!”jerkah beberapa orang pengawas
yang datang bersamaku.
Mereka berlari ke arah kami. Apabila menyedari
kehadiran pengawas-pengawas tersebut,dengan pantas,Bakri memaut leherku.
Diacukan pisau dileherku.
“Jangan dekat. Kau datang lagi setapak,nahas
Amir!”jerkah Bakri.
“Kau jangan buat kerja gilalah Bakri!”ujar Faiz.
“Lepaskan Amirlah Bakri,”ujar Fakhri,salah seorang
pengawas yang tiba.
“Haha. Kau fikir aku bodoh?”ujar Bakri lalu
menendangku dari belakang dan berlari pergi bersama rakan-rakannya bersamaa
pasangan masing-masing.
“Kau okey tak Amir?”soal Faiz.
“Okey. Sakit sikit sahaja. Tak apa,”ujarku.
“Hmm. Kau orang pergilah balik asrama dahulu.
Sekarangkan sepatutnya ada majlis bacaaan Surah AlKahfi. Nanti aku datang.
Jangan risau,”tambahku.
Selepas beberapa ketika,mereka akhirnya
meninggalkan aku di situ yang sedang berehat di salah sebuah bangku berdekatan.
“Assalamualaikum. Anta okey?”soal satu suara.
“Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Ana
okey,”jawabku,agak kalut. Maklumlah pertama kali bercakap dengan pelajar puteri.
“Erm. Salam perkenalan. Amiruddin Al
Amin,”tambahku sambil tersenyum.
“Syafiqah Hana bt Kamaruzzaman,”katanya sambil
tersipu lantas berlalu pergi.
Ah! Dia membuat aku tak keruan. Menyedari masa
yang pantas berlalu,aku pun bangun untuk ke surau. Sambil berjlan,fikiranku
asyik hinggap ke wajahnya yang ayu. Syafiqah Hana. Nama yang sudah mula mencuri
hatiku. Kuulang berkali-kali namanya.
Sampai di surau,majlis masih belum tamat. Mataku
meliar mencari tiga sekawan itu. Ke mana
pula mereka pergi? Fikiranku runsing. Dua perkara yang sedang bermain di
mindaku. Syafiqah Hana dan tiga sekawan tersebut.
Aku pun mengambil tempat. Tamat majlis,aku
mengadakan perjumpaan dengan para pengawas sekolahku. Kami berbincang cara
untuk menghentikan perbuatan tiga sekawan itu.
Tamat perbincangan,kami menuju ke dewan makan
untuk makan tengah hari. Perut yang sudah berorkestra harus diisi dengan
segera. Semasa beratur untuk mengambil makanan,aku ternampak kelibat Syafiqah
Hana di dewan makan bahagian pelajar puteri. Aku tersenyum sendirian.
Usai makan,aku menuju ke bangunan asrama. Aku
ingin berehat. Terasa diri ini terlalu penat.
Malam itu,seperti biasa aku peri ke kelas awal.
Aku ingin menelaah pelajaran sementelah peperiksaan akan bermula tidak lama
lagi. Aku ternampak Syafiqah Hana sudah tiba di dalam kelas. Ya. Kami sekelas
tetapi tidak pernah bertegur sapa.
Aku mempamerkan senyuman kepadanya. Dia segera
menundukkan pandangan . ah! Apa yang sudah aku lakukan ini? Aku segera
beristighfar.
Tiba,aku terfikir. Alangkah indahnya hidup andai
dia menjadi suriku. Aku meneruskan pembacaan. Hari demi hari,peperiksaan
semakin hampir. Esok merupakan hari pertama bagi peperiksaan pertengahan tahun.
Aku semakin menumpukan perhatian terhadap
pembelajaranku. Tetapi fikiranku sering terganggu dengan bayangan Syafiqah
Hana. Senyumannya. Tutur katanya. Semuanya tidak mampu aku usir jauh-jauh.
Peperiksaan sudah tiba. Ditakdirkan,mejaku bersebelahan
dengan mejanya. Hatiku melonjak keriangan. Sepanjang peperiksaan,mataku sering
mencuri pandang ke arahnya. Hari terakhir peperiksaan benar-benar menyedihkan
hatiku.
Aku sudah tidak mampu menahan gelora di hatiku
terhadapnya. Aku sudah jatuh suka kepada Syafiqah Hana. Hatiku kini miliknya.
Pada suatu hari,sewaktu guru sedang memberi
keputusan peperiksaan,hatiku berasa amat risau. Entah kenapa.
“Amiruddin Al Amin. 57.”Ustazah Sarmi,guru Fizikku
menyebut markahku.
Aku berasa amat terkejut. Tidak pernah aku
mendapat markah seteruk itu. Apa yang telah aku lakukan? Ya Allah bantulah
hamba-Mu ini.
Pulang ke rumah,aku berasa teragak-agak untuk
memberitahu kedua-dua umi dan walidku tentang markahku. Malam itu,walid
bertanya.
“Amir,macam mana dengan peperiksaan kamu?”
“Erm. Maaf umi,walid. Amir punya markah kali ini
teruk sangat.”teragak-agak aku menjawab.
“Tak apalah Amir. Walid dan umi faham. Jangan
risau.kami tak akan marah Amir. Kami tahu Amir dah cuba yang terbaik,”ujar
walid menenangkan hatiku.
“Baiklah,”aku berkata sambil berlalu untuk masuk
ke dalam bilikku.
Fikiranku menerawang. Syafiqah Hana. Segera aku
capai beg yang terletak di tepi katil. Aku keluarkan semua surat yang aku
terima daripadanya. Aku membeleknya satu persatu. Inilah punca kelalaianku! Aku
tidak menyalahkannya. Aku yang memulakan semua ini. Aku yang memulakan aktiviti
ini. Aku yang membawanya ke kancah ini. Aku benar-benar menyesal. Ketenangan
walid dan umi mendengar kegagalanku menerbitkan perasaan serba salahku kepada
mereka.
Ke mana hilangnya ketua agama yang dipercayai? Aku
menyesal. Tekadku,ingin aku usir jauh-jauh perasaanku ini. Waktu untuk pulang
ke rumah sudah tamat. Kini,aku akan pulang ke asrama.
Malam itu,pada waktu prep,aku telah mendapat
sepucuk surat daripada Syafiqah Hana. Berdebar hatiku untuk membukanya. Hatiku
tak keruan. Bismillahirrahmanirrahim. Kekuatan aku pohon daripada Allah.
Assalamualaikum,Ketua
Agama Yang Dipercayai,
Di sini,ana ingin
menulis lirik lagu yang amat ana gemari,
SEE YOU DI IPT.
Santun pekertimu
Dan lembut tutur katamu
Menarik minatku
Untukku mendekatimu
Sepucuk surat ku tulis
Menyatakan harapan
Walaupun ku kebimbangan
Kau berbeza pandangan
Namun ku tetap menanti jawapan
C / O 1:
Alangkah riangnya di hatiku
Luahan hasratku mendapat perhatian
Ku terima balasan darimu
Kau jua menyimpan perasaan
Warkahmu memberi kepastian
Hanya kejayaan menentu pertemuan
Setiap kali di akhir katamu
Kau selalu tulis See You D IPT
Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan
Bangkit semangat keazaman
Memburu cita dan impian
Biar terpaksa rahsiakan hubungan
(Ulang C/O 1)
Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan
Dengan segala kesungguhan
Ku timba ilmu pelajaran
Tinggal warkahmu menjadi kenangan
Betapa syukurnya di hatiku
Segala impian menjadi kenyataan
Terpancarlah cahaya gemilang
Kini kejayaan di genggaman
Andai kau kembali ku temui
Akan ku menuntut kata-kata dan
janji
Kerna diriku masih mengingati
Kau selalu tulis See You D IPT
Ana harap,anta faham maksud ana.
Kita mesti hentikan semua ini. Biar masa yang menentukan sama ada kita akan
bersama ataupun tidak. Perbuatan kita ini salah di sisi agama. Sebenarnya,ana
rasa bersalah kerana sejak kita saling berhubungan,keputusan anta merosot. Ana
tak mahu disebabkan ana,anta ditimpa musibah. Kemerosotan anta dalam
peperiksaan mungkin antara amaran daripada Allah untuk kita menghentikan
hubungan ini. Ana harap, anta faham. Assalamualaikum.
Ukhuwah fillah,
Syafiqahhana.
Sebaik sahaja menamatkan pembacaan,aku berasa sungguh malu. Malu dengan
Syafiqah Hana. Malu dengan Allah.
Tanganku pantas mencari kertas dan pen untuk
membalas surat terakhir ini.Tengah aku berfikir ayat-ayat cinta
terakhir,hidayah Tuhan sampai.Cahaya yang akan menghilangkan segala titik hitam
yang bertapak di permukaan hatiku.Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada
CINTA.
Dengan penuh yakin,aku mengoyak kertas yang
ditulisku tadi.aku yakin,jika aku menulis surat balas,syaitan akan mencelah dan
mengambil peluang lagi ke atasku. Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya
dapat disambung di akhirat nanti.
Beberapa tahun sudah berlalu. Kini,aku
berkhidmat di sekolah yang membawaku ke arah kebenaran. Sekolah yang tidak
pernah lupus dari ingatan. Sekolah yang membantu merealisasikan cita-cita
kedua-dua umi dan walid. Sekolah yang banyak mengajarku erti kasabaran. Sifat
kepimpinan. Yang membawaku melangkah ke lapangan dakwah. Aku sangat bersyukur kerana aku telah dihantar
ke sekolah ini.
Kini,tiba masanya untuk aku mencurahkan baktiku
kepada sekolahku yang tercinta ini. Ku lemparkan pandangan ke arah bangunan
asrama. Di situlah aku mengutip pelbagai pengalaman. Pandanganku terarah ke
Surau Hasan Al Basri. Di surau inilah aku menimba pelbagai ilmu agama. Medan
pentazkirahan.
“Amiruddin Al Amin?” soal satu suara.
Lantas aku berpaling ke belakang. Aku amat
terkejut sebaik terpandang tuan empunya suara tersebut. Sungguh,tidak banyak
yang berbeza daripada dulu. Cuma sekarang dia sudah berjanggut.
“Bakri?”soalku.
“Betullah kau Amir? Kecil sungguh dunia ini.
Kita berjumpa lagi,” ujarnya sambil tergelak kecil.
“Kau pun mengajar di sinikah?” soalku.
“Ya. Sudah dua tahun. Kau kenapa lambat mula
mengajar?”soalnya.
“Aku belajar sampai master dulu,”
“Tak banyak yang berubah. Cuma itulah. Kawasan
asrama sudah dipagar rapi. Susahlah aku nak keluar malam-malam,”
“Haha. Merepeklah kau,”
“Assalamualaikum,”ujar satu suara. Lembut.
“Waalaikumussalam,”serentak kami menyahut.
Syafiqah Hana! Aku tersenyum kepadanya.
Sungguh,hatiku masih miliknya. Aku sudah tahu bahawa dia mengajar di sekolah
ini. Sungguh kecil dunia ini! Teringat kisah lalu antara aku dan dirinya suatu
masa dahulu.
“Bakri,ana nak jemput anta ke majlis
perkahwinan ana hujung minggu ini,”ujarnya,tersipu.
Aku diam tidak berkutik. Hati,sabarlah.
“Wah! Tak sangka! Siapakah yang berjaya menawan
hatimu?”ujar Bakri sambil membelek kad yang dihulurkan Syafiqah Hana bt
Kamaruzzaman.
“Syafiqah Hana dan Amiruddin Al Amin?”mata
Bakri terbeliak.
Aku dan Syafiqah Hana saling berpandangan dan
tersenyum. Pantas dia melarikan anak matanya.
“Wah! Percintaan ketika sekolah ini.
Tahniah,”kata Bakri sambil menepuk bahuku.
“Alhamdulillah,”ujarku .
“Eh. Aku nak solat dhuha ni. Nak ikut
tak?”soalku. cuba mengalih topik.
“Boleh juga,”kami beriringan menuju ke surau
itu. Surau yang sudah lama tidak aku jejaki. Sungguh aku rindu dengan
aktivitinya.
Usai berdoa,aku termenung sendirian.
Umi,walid,Amir harap umi dan walid tenang di
sana. Terima kasih kerana mendidik Amir sehingga Amir berjaya ke tahap ini.
Syafiqah Hana. Nama itu terlintas. Sungguh aku tidak sangka aku akan
memilikinya. Sungguh hebat percaturan Allah. Perkahwinan atas dasar pilihan
keluarga telah menemukan aku dan Syafiqah Hana semula. Bakri,Fikri dan Mukri
masing-masing sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing. Sungguh hebat
percaturanMu ya Allah.
“Aku terima nikahnya,Syafiqah Hana bt
Kamaruzzaman,dengan mas kahwinnya RM 150.00 tunai,”dengan sekali lafaz,Syafiqah
Hana sah menjadi milikku.
Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati perkahwinan
kami. Aku faham sekarang. Allah hantar kesulitan kepadaku suatu masa dahulu
kerana Allah ingin menghadiahkan buatku sebuah hadiah yang tidak ternilai
harganya. Terima kasih. Umi,walid,Amir tak akan pernah lupa jasa kalian kepada
Amir. Semoga tenang di sana.