Wednesday, 11 June 2014

Andai Aku Tahu



Andai Aku Tahu
Aku termenung sendirian. Bersama deru angin yang tak henti-henti menyapa,membelai wajahku. Merenung nasibku sambil diselangi desiran ombak yang tak pernah kenal erti lelah mahupun penat.
Terbayang memori empat tahun lalu,di mana aku berada di dalam dilema. Tersepit di antara dua sisi kehidupan. Penghijrahan yang dilakukan benar-benar mengubah hidupku.
Kisah hidupku yang dari kecil ditimpa malang. Sudah jatuh ditimpa tangga. Selepas kematian ibu,ayah pula yang ditelan lautan. Hilang sudah tempatku bergantung harap. Samudera kehidupan yang tidak pernah berhenti daripada geloranya benar-benar meruntuhkan semangat diriku. Hidupku terumbang-ambing tatkala pendayung sampanku hilang dibawa pergi. Bapa saudara yang menjadi harapan hilang setelah mendapat apa yang dihajati. Kini kepada kasih teman-temanlah aku menumpang.
Pada suatu hari,pintu rumahku diketuk,salam dihulur. Aku yang sedang bersendiran tersedar daripada lamunan panjang. Niat disuarakan. Terpana aku mendengarnya. Mutiara jernih mula membasahi tubir mataku. Permintaan itu benar-benar membuat jiwa kosongku terusik. Alhamdulillah.
Segala keperluan harianku dikemas rapi. Disimpan di dalam raga peninggalan ibu. Sungguh aku tidak mempunyai apa-apa. Raga itu yang sekian lama disimpan rapi akhirnya kuusik. Maaf,ibu. Kerana menggunakan hakmu tanpa izin darimu.
Pakaian ayah kucapai. Kain pelikat di sampiran kulipat rapi. Kain batik ibu kuambil buat peneman sunyi. Kakiku begitu berat untuk meninggalkan rumah itu. Rumah yang hanya beratapkan nipah berdindingkan papan itu yang hanya layak digelar pondok inilah tempat aku dilahirkan. Tempatku dibesarkan. Ditatang bagai minyak yang penuh bersama adikku. Ayah dan ibu yang mengajarku untuk menghadapi kehidupan yang penuh getir ini.
Adikku. Ya adikku itu. Tidakku ketahui di mana dia disorokkan. Pak ngah,satu-satunya saudaraku yang tinggal selain adik. Pak ngah telah menyorokkan adik demi kepentingannya. Apa yang aku tahu,Sarah telah dijual kepada seorang bapa ayam di ibu kota. Bagai halilintar membelah bumi kurasakan sebaik sahaja aku menerima berita itu. Ya Allah,kau selamatkanlah adikku itu. Adik,harap adik tak dianiaya.
Perlahan kakiku meninggalkan rumah yang menjadi istanaku. Memasuki perut kereta yang dipandu Pak Mat,pemandu peribadi keluarga Hayyan. Kereta dengan perlahan meninggalkan istanaku. Linangan air mata mengiringi pemergianku.
Tidak beberapa lama kemudian,kereta yang kunaiki tiba di hadapan sebuah banglo yang besar. Terkesima aku melihatnya. Sungguh,inilah kali pertama aku melihat rumah sebesar istana tersergam indah. Kereta diparkir di halaman. Dalam diam aku mengira. Wah! Tujuh buah kesemuanya. Kereta mewah pelbagai jenama seperti BMW,Ferrari,Porsche,Volkswagon dan sebagainya menjadi sajian mataku.
Sungguh tidak kusangka Hayyan sebegini berharta. Nasiblah aku bukan anak kecil yang akan terkinja-kinja kegembiraan saat melihat sesuatu yang tidak pernah ditemui. Enam belas tahun melayari samudera kehidupan bersama ibu dan ayah mematangkan fikiranku. Duniawi semata-mata. Istighfar meniti di bibir agar tidak terleka dengan kealpaan dunia.
Banglo mewah ibu dan bapa Hayyan aku jejaki. Saat kakiku melangkah masuk,kedinginan menerpa. Aku pernah merasainya. Hanya ketika di dalam makmal komputer,bilik guru dan perpustakaan sekolah. Tak terjangkau dek akalku bahawa pendingin hawa akan terdapat di dalam sebuah rumah. Aku seperti rusa masuk kampung.
Mataku meliar memerhati sekeliling. Segala hiasan dan perabot mewah menjadi halwa mataku. Kemewahan banglo dua tingkat itu amat terserlah.
“ Apa yang kau tengok sampai terbeliak biji mata kau itu,Putra? Dah,jom pergi dapur. Mummy dengan Daddy dekat situ,” Hayyan menegur.
Sumpah aku malu. Malu dengan Allah kerana terpana dengan kemewahan dunia. Istighfar diucap sekali lagi.
“ Putra,hidup kita ini susah. Kais pagi makan pagi,kais petang makan petang,” pesanan ayah bagai angin lalu di cuping telingaku.
Segera kuusap mutiara yang baru hendak muncul. Aku menyusul langkah Hayyan. Sajian di atas meja begitu menyelerakan. Begitu banyak. Mampukah mereka yang hanya bertiga menghabiskan makanan tersebut? Jika tidak,mereka pasti membazir. Membazir itu amalan syaitan.
“Putra,duduklah. Mummy dah suruh Makcik Rosnah masakkan semua makanan ini,khas untuk Putra,anak angkat mummy,” Puan Saleha,ibu Hayyan menegurku sambil membahasakan dirinya sebagai mummy.
Terharu aku mendengarnya. Mudah sungguh aku diterima di dalam keluarga berada itu.
“Putra,termenung apa lagi? Cepat makan. Nanti daddy dan mummy bawa Putra pergi pilih bilik,ya?” Encik Mustafa pula yang menegurku.
Walaupun tidak seperti ayah dan ibu,aku tetap bersyukur kerana dahan untukku bergantung harap sudah tumbuh kembali. Dalam tidak kusedari,sinar harapan yang kuhulur kepada mereka telah mereka campak ke dalam lembah yang kelam lagi hina.
Selepas makan,aku dihulur secawan air ang berwarna kekuningan,berbau masam yang menyucuk hidung. Aku memandang mummy. Mummy tersenyum lalu menolak cawan tersebut agar lebih rapat denganku.
Aku menolak dengan baik. Sambil mengatakan bahawa aku tidak biasa meneguknya.
“Minumlah sedikit dahulu,Putra. Lama-lama biasalah itu,Putra,”daddy berkata.
Astaghfirullahalazim! Baru hari pertama aku menjejakkan kaki di sini,aku sudah disua dengan arak. Entah apa lagi yang terpaksa aku telan pada hari-hari yang mendatang. Aku bermonolog sendiri.
“Mummy,daddy,Putra sakit perutlah. Putra tak biasa makan banyak-banyak. Putra minta izin pergi tandas ya,mummy,daddy,” lembut suaraku menuturkan.
“Pergilah,Putra. Lama-lama okeylah itu,” daddy memberi kebenaran.
Selepas membasuh tangan,aku pergi mencari tandas. Sungguh aku lupa untuk bertanya tentang hal itu kepada mereka.
“Tandas di sebelah kiri kau itu!” laung Hayyan daripada dapur.
Segera aku masuk ke dalam tandas. Selepas siap semuanya,aku meratakan wuduk ke anggotanya.
Terserempak dengan Hayyan,aku bertanya.
“Surau di mana,Hayyan?”
“Surau? Nak buat apa?”
“Nak solatlah. Kan dah azan tadi,” aku menjawab.
“ Haha. Kau ini buat lawaklah. Rumah ini mana ada surau,”Hayyan tergelak besar.
Terkejut aku mendengarnya. Ya Allah kau jauhkanlah aku daripada segala maksiat. Da kutitip buat pelindung.
“Jom Putra! Ikut mummy dengan daddy pilih bilik,” daddy menegur.
Ini merupakan peluang bagiku. Bilik demi bilik telah dilalui. Aku masih belum menjumpai bilik yang sesuai. Aku bukanlah seorang yang cerewet. Tetapi aku ingin memilih bilik yang mempunyai tingkap yang besar agar mudah untukku melihat arah matahari terbenam,seterusnya menjadi arah kiblatku. Setelah mendapat apa yang aku hajati,aku menutup pintu.
“ Rehatlah,Putra. Petang nanti kita pergi kubur,ya?” mummy berkata.
“Baiklah mummy.” Pintu kukunci.
Sejadah aku hamparkan,walaupun aku berasa tidak perlu kerana permaidani yang berbulu tebal itu sudah cukup baik bagiku. Aku menunaikan solat.
Usai menunaikan solat,aku menghempaskan diri ke atas katil yang cukup besar bagiku. Masyaallah! Empuknya! Terbayang hamparan tikar mengkuang yang sudah lusuh itu yang memenuhi ruang tamu merangkap bilik tidur kami sekeluarga. Hanya ada aku,adik,ayah dan juga ibu. Tiada yang lain.
Sebelum riwayat ibu berakhir,ibu pernah berpesan agar aku menjaga adik dengan sempurna. Maaf,ibu. Abang minta maaf. Abang tak mampu jaga adik. Pak ngah dah larikan adik. Aku terlelap dalam kenangan.
Tiba-tiba,pintu bilikku diketuk.
“Putra! Siap sekarang. Dah nak pergi dah ini.” Kedengaran suara Hayyan.
Terus aku melompat turun daripada katil. Bayangan kubur ibu tergantung di hujung mataku. Pakaian aku salin. Sepasang baju Melayu cekak musang biru laut menjadi pilihan. Baju terakhir buatan ibu.
Tombol pintu kupulas. Tidak sabar aku ingin bersemuka dengan ibu. Segera aku capai sepatu buatan ayah. Itu sahajalah peninggalan ayah buatku selain daripada ilmu yang dicurahkan.

********************************************************************************************************
Beberapa bulan sudah berlalu.
“Hei Putra. Tunggulah kami. Sampai hati kau. Mentang-mentanglah sudah jadi orang kaya,” sapa Shafiq yang sedang berjalan bersama-sama Afiq dan Qayyum.
“Eh? Siapa kamu semua ini? Kau kenal merekakah Putra?” Hayyan berkata.
“Entah? Aku pun tidak tahu. Tapi spesies yang jumpa di tepi-tepi jalanlah,” Putra menjawab,angkuh.
“ Putra! Apa yang kau cakapkan ini? Sebelum ini sudahlah kau ketepikan kami. Pindah tak cakap,apabila berjumpa kau hina kami?” Qayyum meradang.
“Lantaklah! Aku cakap tak kenal,maknanya aku tak kenal. Entah siapa kamu semua ini. Asal usul pun aku tidak tahu. Dengan berpakaian baju buruk yang kamu semua entah kutip dari mana. Jomlah Hayyan! Meluat aku tengokk mereka ini. Nak tumpang kesenangan akulah itu! “ Putra bongkak. Langsung tidak menjaga hati sahabatnya yang bertiga itu.
“Lain kali,periksa dahulu. Kan sudah malu sendiri,” Hayyan menyimbah minyak ke dalam api yang sedang marak menyala.
“Tak guna punya kawan! Dahulu,semasa dia susah,kita yang dicari. Masa hendak mencari ayahnya,kita yang memberinya pertolongan. Entah di mana dia mengenali hayyan si bongkak itu pun aku tidak tahu. Sudah diubahnya Putra menjadi seorang kacang yang melupakan kulit.”Afiq mengeluh.
“Sudahlah Afiq. Sabar. Kita doa sahaja supaya dia berubah,”pujuk Shafiq,abang kembar Afiq.
Di banglo mewah Puan Saleha dan Encik Mustafa,
“Mummy. Nampaknya rancangan kita sudah berjaya,” Hayyan bersuara.
Puan Saleha tersenyum lebar. Rancangannya sudah menjadi.
“Ingatkan susah sangat hendak ubah Putra,” Puan Saleha tersenyum kegembiraan.
“Puas hati aku. Shah! Anak kau sudah aku hancurkan! “ Puan Saleha semakin galak ketawa.
“Putra! Hayyan! Puan! Tuan! Mari makan. Makanan sudah siap,” Mak Cik Rosnah memanggil.
Setelah siap menghidangkan makanan dan menyendukkan lauk ke dalam pinggan,Mak Cik Rosnah segera masuk ke dalam bilik. Wuduk diambil. Ingin segera diselesaikan solatnya itu. Bimbang rahsianya diketahui Puan Saleha dan Encik Mustafa.
Segera disudahkan bacaan doa apabila terdengar namanya dipanggil.
“Kak Rosnah,kami hendak ke pusat membeli belah. Nak berbelanja. Jaga rumah elok-elok,”Encik Mustafa berkata.
Mak Cik osnah mengangguk. Sebaik sahaja pintu dikunci,Mak Cik Rosnah segera mengambil telefon bimbitnya.
“ Assalamualaikum,Tuan Shahrizal! Putra semakin teruk perangainya. Arak semakin galak ditelan. Wanita hampir setiap malam dibawa masuk ke dalam bilik,” Mak Cik Rosnah melapor.
Selepas mematikan talian,dia menyambung kerja-kerja mengemas rumah.
“Mak Cik Rosnah! Putra nak minum,”arah Putra.
Mak Cik Rosnah membawa segelas jus oren.
“ Kau gilakah orang tua? Ada aku minta jus oren? Aku cakap aku nak minum. Kalau aku nak minum tu maknanya aku hendak apa?” herdik Putra.
Mak Cik Rosnah segera bergerak.
“Kau nak pergi mana hah?”tengking Putra.
“Nak ambil minuman Putra,”
“Bagus,ni yang aku sayang dengan kau ini,mak!”Putra gelak besar.
Botol itu dikeluarkan. Diletakkan di atas sebuah dulang. Sebuah gelas turut diletakkan di atas dulang.
“Nah Putra,”Mak Cik Rosnah menahan sebak.
Tidak beberapa lama selepas itu,Hayyan yang sedang mabuk masuk ke dalam rumah bersama dua orang gadis.
“Putra! Pilih mana yang kau nak. Dua-dua aku dah rasa. Mantap! Puas kau!”Hayyan berkata dengan muka ghairahnya.
Putra yang sudah mabuk menghampiri Hayyan. Lebih tepat,ke sisi kiri Hayyan. Dipeluknya gadis itu. Ditarik masuk ke dalam bilik yang berdekatan.
Tidak lama kemudian,pintu bilik yang dimasuki Putra diketuk.
“Masuk!”arah Putra yang sudah dirasuk nafsu.
Masuk seorang gadis. Gadis yang ditinggalkan bersama Hayyan.
“Hayyan mana?”tanya Putra.
“Dah tidur. Penat sangat mungkin,”lembut suara gadis itu.
Tubuh Putra dirapati. Dipeluknya Putra. Bahtera maksiat semakin dilanggar gelora saat ditambah seorang lagi juragan.
Keesokkan paginya,
Tubuh Putra yang hanya dibaluti selimut digoncang. Kuat.
“Putra! Bangun.” Hayyan mengejutkannya.
Putra menggeliatkan badan.
“Pukul berapa sekarang? Mummy dan daddy dah balikkah?”
“8.30 pagi dah. Belum. Mummy dan daddy aku lihat seronok betul di kelab malam tadi,” Hayyan menjawab.
“Dahlah! Bangunlah. Kata nak pergi bandar,” Hayyan menyambung.
“Yalah. Yalah. Aku bangun,”Putra mengalah.
Segera dicapai tuala di sampiran lalu memasuki bilik air. Setelah kedengaran bunyi air mengalir,barulah Hayyan keluar daripada bilik tersebut.
Setelah siap mandi,Putra segera pergi ke dapur untuk bersarapan.
“Jom. Nanti lambat,”tegur Hayyan yang sedang menjamah nasi goreng.
Tiba-tiba,anak Mak Cik Rosnah,Nadeera,meletakkan cawan di tepi Putra. Tanpa membuang masa,Putra segera memeluk gadis itu. Rapi. Nadeera meronta minta dilepaskan.
“Hayyan,kau pergilah dahulu. Aku nak sarapan istimewa. Beta mahu bersantap,”Putra tergelak besar.
“Haha. Okey. Aku pergi dahulu. Jangan ganas sangat!”
“Jom sayang. Abang dah tak tahan ini,” Putra mencium wajah Nadeera. Mak Cik Rosnah meminta Putra melepaskan Nadeera,tetapi tidak dilayan. Dia juga diikat di atas sebuah kerusi. Putra merogol Nadeera di hadapan Mak Cik Rosnah. Mak Cik Rosnah hanya mampu mengalirkan air mata.
“Abang,lepaskan Sa...,”mulut Nadeera ditutup.
Setelah puas,Putra mengenakan pakaiannya.
“Terima kasih,mak! Nanti nak lagi,” Putra mengucapkan terima kasih lantas berlalu pergi.
******************************************************************************************
Tiga tahun berlalu. Perlakuanku semakin liar. Mak Cik rosnah sudah berhenti kerja selepas kejadian itu. Aku sudah melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkemuka di ibu kota.
“Putra! Dahsyatlah kau. Dekan tu!” Hayyan menegur Putra yang sedang menonton televisyen.
“Haha. Kenapa? Tak percaya? Belajar sahajalah. Tak susah pun,” sifat bongkak menguasai diri.
“Dah. Jom. Ada kuliah,kan?”Putra mengajak.
“Okey. Bawa kereta kaulah. Aku malas hendak pandu,”Hayyan berkata.
“Pemalas!” Putra berkata sambil tergelak. Hubungan mereka sangat akrab. Bagai adik-beradik kandung.
Sampai di universiti,mereka berdua berpisah. Hayyan ke dewan kuliah,Putra menuju ke perpustakaan.
“Putra Shah Aizat bin Shahrizal!”
Putra yang sedang melangkah terhenti apabila terdengar nama penuhnya disebut. Dia berpaling ke belakang.
Terkesima dia apabila melihat tiga sekawan itu. Amat dikenalinya. Sudah lama dia tidak menatap wajah ketiga-tiga mereka. Shafiq,Afiq,Qayyum. Mereka mempercepatkan langkah apabila melihat Putra sudah berhenti melangkah.
“Putra! Apa khabar? Sihat?”Afiq memulakan perbualan. Cuba untuk memadamkan api kebenciannya terhadap seorang yang pernah bergelar sahabat suatu masa dahulu. Masih diingatinya gelaran yang diberikan kepada mereka berempat. Sahabat Ila Jannah. Gelaran yang cukup dikenali oleh penduduk kampung. Empat sekawan yang rajin melakukan amal,membantu,membersihkan surau dan sebagainya. Itu dahulu. Sekarang tidak lagi. Seorang daripada mereka sudah berubah 360 darjah! Mahu menitis air mata jantannya apabila memikirkan hal yang satu itu.
“Kenapa? Kau nampak aku pakai ‘cool fever’ kah? “ herdik Putra lantas berlalu pergi meninggalkan mereka. Terdetik kerinduannya terhadap merek bertiga. Sahabat yang sentiasa membantu tidak kira masa. Sahabat sepermainannya. Sahabat yang ada ketika suka dan dukanya. Namun,demi menjaga statusnya,ditolak tepi perasaan itu.
“Pelik. Macam mana mereka boleh ada di sini? “ Putra berbicara sendirian.
Sebaik tiba di perpustakaan,segera dia ke rak yang menempatkan buku-buku rujukan. Bukan dia tidak mampu untuk membelinya,lebih dari mampu. Tetapi dia tidak mahu menyusahkan kedua-dua iu dan bapa angkatnya.
Setelah dia menjumpai buku yang diinginkan,dia melangkah ke arah meja yang disediakan.
“Putra! Kenapa dengan kau? Apa dah jadi? Kenapa kau berubah? Apa puncanya? Ke mana telah kau lemparkan kata-katamu yang lemah lembut itu?  Sejak kau mencmpuri keluarga Hayyan,kau telah berubah!” Shafiq menegur.
“Hish! Apa yang kamu semua mahukan sebenarnya?suaranya ditekan agar tidak didengari oleh pengunjung lain.
“Kami hanya mahu tegur kawan lama. Bukan. Sahabat lama. Sahabta yang sentiasa bersama kami suatu masa dahulu. Tidak boleh? Kenapa kau lari daripada kami? Kau malu ada kawan yang miskin seperti kami?” Qayyum menyindir. Sengaja ditekan perkataan sahabat agar lebih jelas di pendengaran Putra.
“Tak salah. Tapi.. Entahlah,” Putra cuba untuk berdalih.
“Apa yang kau telah lakukan ini? Aku tak sangka kau berubah sampai begini. Drastik sungguh!” Afiq membebel.
“Putra,kita kena berbincang.”tegas Shafiq menuturkan.
“Berbincang tentang apa?”Putra bertanya.
“Tentang kau.”Afiq menyampuk.
“Hmm... Okey. Apa yang kamu semua nak? Bila? Kita bincang di sini sahajalah,” Putra akhirnya mengalah setelah menerima renungan mata Qayyum yang sememangnya tajam.
“Hmm.. sebenarnya apa yang telah berlaku kepada kau,kawan?” Qayyum memulakan perbincangan.
Putra mula bercerita dari saat pertama dia bertemu Hayyan sehinggalah kisah hidupnya yang sudah berubah.
“Astaghfirullahalazim! Putra! Berubahlah,sahabat,”Afiq memujuk.
“Hmm.. Tengoklah dahulu. Okeylah. Aku nak pergi ini. Kuliah dah nak mula,” Putra ingin pergi.
“Okey. Ada masa jumpa lagi. Assalamualaikum,” mereka berempat berpisah.
Sejak pertemuan tersebut,mereka ada berjumpa beberapa kali. Putra sudah mula menunjukkan perubahan. Dia sudah mula menghormati orang tua. Alhamdulillah,berkat petunjuk Allah yang dikirimkan melalui ketiga-tiga sahabatnya itu telah mengubah Putra. Cuma tabiatnya yang sentiasa dahagakan arak yang masih belum mampu dibuang. Solat juga mula dilakukan,walaupun kadang kala dia terlepas.
Perubahan tersebut amat dirisaukan oleh Puan Saleha dan Encik Mustafa.
“Macam mana ni daddy? Mummy peliklah. Macam mana dia boleh jadi macam dulu balik?” Puan Saleha mengadu kepada suaminya,Encik Mustafa.
“Entahlah,mummy. Daddy pun tidak faham. Hayyan!” Encik Mustafa memanggil anak lelaki tunggalnya itu.
“Ada apa,daddy?” soal Hayyan yang baru muncul.
“Putra mana?”soal Puan Saleha.
“Entahlah mummy. Sejak akhir-akhir ini,Putra jarang lepak dengan Hayyan. Asyik terperap dalam bilik. Kalau bukan di dalam bilik,dia akan keluar. Ke mana,Hayyan tidak pasti,” Hayyan menjawab pertanyaan ibunya.
“Hayyan ada perasan tidak sekarang Putra kawan dengan siapa?” Encik Mustafa bertanya.
“Ada tiga rang budak. Lelaki semuanya. Entahlah daddy. Hayyan pun tak pasti,”Hayyan memberi laporan.
“Okeylah. Hayyan keluarlah,” Puan Saleha memberi arahan.
“Macam mana ini daddy? Hancur rancangan kita nak dapatkan harta Putra,” Puan Saleha mengomel.
“Hmm. Susah kita nanti. Tak apalah,kita tengok dahulu sejauh mana Putra berubah. Okeylah. Daddy nak mandi. Bau sudah macam kambing!” ujar Encik Mustafa.
Selepas menghadiri majlis perkahwinan rakannya,Putra terus pulang ke rumah. Sebaik memasuki biliknya,dia segera menunaikan solat Zuhur. Usai bersolat,dia menghempaskan badannya ke atas katil. Terasa tegang urat sarafnya yang sedang penat itu.
Tiba-tiba,pintu diketuk.
“Masuklah. Pintu tak dikunci,”arah Putra.
Muncul Mak Cik Rosnah.
“Eh! Mak cik? Macam mana mak cik boleh masuk? Bukan mak cik dah berhenti kerja ke?” Putra bertanya kehairanan.
“Boleh mak cik cakap dengan Putra?” Mak Cik Rosnah meminta izin.
“Boleh. Mak cik nak cakap apa? Putra segera bangun. Dia duduk di birai katil
“Eh sebelum itu,duduklah dahulu. Penat nanti asyik berdiri,” ujar Putra sambil menepuk-nepuk bahagian katil yang kosong di sebelahnya.
“Terima kasih,Putra,”
“Hah. Mak cik nak apa sebenarnya?”
“Tentang Nadeera,Putra,”terang Mak Cik Rosnah.
“Nadeera? Kenapa dengan Nadeera,makcik? Sakitkah dia?” soal Putra.
“Tak,Nadeera sihat sahaja di rumah,nak,”
“Habis itu? Kenapa? “
“Cuba bandingkan gambar Nadeera dengan gambar ini,”
“Eh? Ini gambar adik saya,kan mak cik? Mana mak cik dapat?” Putra mengambil gambar adiknya. Ditatap penuh rindu.
“Sarah Nadeera Shahrizal,” terkeluar nama adik kesayangannya itu.
“Mak cik tahu di mana dia? Saya rindu benar dengannya. Saya juga ingin menunaikan janji saya kepada ibu,”
“Hmm.. Tak nak bandingkan dengan gambar Nadeera,kah? “ soal Mak Cik Rosnah.
“Alah. Apanya yang hendak ....” Putra terkedu.
“Mak cik! Kenapa muka mereka sama?”
Pintu bilik dikuak. Masuk dua batang tubuh manusia.
“Abang!” Nadeera muncul. Lalu memeluk tubuh Putra. Erat.
Putra bingung. Permainan dunia menyesakkan fikirannya.
Teringatkan sesuatu,Putra segera menyelak rambut Nadeera. Putra terjelepok di atas permaidani. Dia menangis semahu-mahunya.
“Sarah?” dalam esak,Putra bertanya.
“Ya bang,Sarah,” Nadeera mengiyakan.
“Abang minta maaf,Sarah. Abang minta maaf. Abang minta maaf sebab dah rosakkan maruah adik. Abang minta maaf,” putra merayu.
“Tidak mengapa,bang. Sarah faham. Sarah dah lama maafkan abang,”
“Tapi abang dah rogol Sarah,”
“Tak apa,Sarah maafkan,abang,”
“Terima kasih,Sarah. Abang janji abang akan jaga Sarah baik-baik. Abang akan bela nasib Sarah,” Putra berjanji.
“Baiklah,abang,” Sarah mengalirkan air mata.
Putra lantas menghadap tubuh yang seorang lagi. Lantas Putra mencium kakinya.
“Ayah! Putra minta maaf. Putra hilang iman. Putra lupakan nasihat ayah. Putra hilang pedoman. Putra gila harta dunia. Putra gila nikmat dunia. Putra gila nafsu dunia. Putra lupa akhirat. Ayah,maafkan Putra,ayah,”sekali lagi,Putra merayu.
“Putra,anak ayah,bangun,nak. Ayah tak layak disembah. Allah sahaja yang layak disembah. Minta maaflah dengan Allah.nak,”
“Putra minta maaf,ayah,”
“Ayah maafkan,nak,”
“Abang,bersiaplah. Kita pergi. Tinggalkan rumah ini,” Sarah mengajak.
“Baiklah,Sarah,” Putra segera mencapa beg pakaiannya dan memasukkan beberapa helai pakaian ke dalamnya.
Usai mengemas,mereka berempat memasuki sebuah kereta yang sudah bersedia menunggu di luar rumah.
“Selamat tinggal,Hayyan,”Putra mengucapkan sebelum kereta bergerakmeninggalkan rumah mewah tersebut.
Mereka tiba di hadapan sebuah banglo mewah,tidak kurang hebatnya dengan banglo milik keluarga Hayyan.
“Rumah siapa ini ayah?”Putra menyoal,lurus.
“Rumah Encik Shahrizal,nak,” ayahnya menjawab sambil tersenyum.
“Wah! Betulkah ini rumah ayah?” Putra menyoal,kagum.
“Betullah,”
“Hmm. Ayah tidak tipu,kan?”
“Tak,sayang,”ayahnya menafikan.
“Jemput duduk,Tuan,” seorang wanita separuh abad mempersilakannya untuk duduk.
“Terima kasih,”Putra hairan.
“Apa yang difikirkan tu Putra?”Encik Shahrizal menyoal.
“Tak ada apa-apa,ayah,”
“Ayah nak beritahu Putra sesuatu. Harap Putra tak terkejut,”
“Tapi sebelum itu,macam mana ayah boleh hidup? Bukankah ayah hilang di lautan? “Putra menyoal.
“Hmm. Ayah sebenarnya tidak hilang. Itu hanya sebuah cara untuk menguji Putra. Tegarkah Putrra hidup seorang diri di dunia ini,” Encik Shahrizal menerangkan.
Kemuadian ayahnya menyambung. Setelah menrangkan beberapa perkara,barulah dia tahu bahawa Sarah telah berpura-pura menjadi anak Mak Cik Rosnah untuk memerhatikan abangnya. Mak Cik Rosnah juga telah diupah untuk mengawasi pergerakan Putra dan melaporkannya kepada ayahnya. Dia juga mengetahui bahawa adiknya yang telah dijual kepada bapa ayam oleh bapa saudaranya telah dibeli oleh ayahnya dan membesarkannya seperti biasa. Dia juga mengetahui bahawa ayahnya merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.
“Jadi,selepas ayah dah terangkan semuanya tadi,ayah harap Putra tidak berkecil hati dengan ayah,”
“Tidak,ayah. Putra yang sepatutnya meminta maaf dengan ayah. Putra leka dengan nikmat dunia. Lagi satu,apa kaitan keluarga Hayyan dengan Putra? Mengapa mereka mengambil Putra sebagai anak angkat?” Putra menyoal.
“Sebenarnya,mereka berdendam dengan ayah. Jadi,selepas mendapat berita ayah sudah meninggal,mereka mengambil Putra sebagai anak angat untuk dirosakkan. Mereka juga mahu merampas harta ayah yang Putra akan warisi,”Encik Shahrizal menambah.
“Oh. Begitu rupanya,”
“Assalamualaikum! Pakcik.”terdengar suara memberi salam dari luar rumah.
“Waalaikumussalam,nak. Masuklah.”Encik Shahrizal memberi arahan.
Putra terkejut apabila melihat ketiga-tiga rakannya berada di situ.
“Assalamualaikum,Putra,” Qayyum menegurnya. Ramah.
“Maaf,Putra. Kami tidak beritahu yang ayah kau masih hidup,”Afiq menambah.
“Maaf,ya Putra,’ Shafiq juga memohon maaf.
“Tidak mengapa. Yang penting kamu semua telah menyedarkan aku daripada terus melakukan maksiat. Terima kasih,sahabat,”Putra berkata.
“Ayah kau punya rancangan,”Qayyum berkata.
“Tidak kiralah siapa punya rancangan,terima kasih,” Putra menambah.
“Sudahlah. Azan Asar sudah berkumandang. Jom,solat. Jemaah sekali,” Encik Shahrizal berkata.
“Baiklah,ayah. Putra imam,boleh?” Putra berkata.
“Okey. Ayah tidak kisah,”Encik Shahrizal menyahut.
Sungguh.sinar bahagia menyapa diriku. Sinar Ilahi memenuhi hatiku. Terima kasih,ya Allah kerana kau masih memberi peluang buatku untuk menghirup cahaya hidayahMu.
******************************************************************************************
“Ayah! Lama lagikah di sini? Amran dah lapar,” Amran,anak kecilku menarik bajuku.
Segera aku mengesat air mata yang bermain di hujung mataku. Aku bangun dan mempercepatkan langkah keluar daripada kawasan tanah perkuburan.
‘Selamat tinggal,ibu. Jaga diri. Ada masa,Putra datang lagi,’ aku bermonolog.
Aku memimpin tangan Amran,hasil perkongsian hidupku bersama seorang wanita solehah,Nurul Iman. Dialah pelengkap hidupku. Penyeri hidupku. Syukurlah,dia redha menerima kisah silamku. Sekian sahaja kisah dariku buat pengajaran.




No comments:

Post a Comment